salam ramadhan semua...
sekarang nie baru sudah selesai PENGAUDITAN MAMPU bagi AMALAN 5S.
dua hari chulaya balik lewat gara-gara banyak perkara last minute yang harus diselesaikan sebelum tiba hari ini.
pagi tadi pula chulaya tidak dapat lelapkan mata selepas bersahur kerana disaat-saat akhir ni pun masih belum siap lagi apa yang harus diselesaikan..erm...lepas solat subuh, chulaya bersiap-siap langsung ke office dengan harapan semuanya dapat diselesaikan sebelum audit berlangsung. Dan chulaya bernasib baik kerana kak amy banyak membantu.. dan akhirnya semuanya dapat disiapkan mengikut masa yang telah dirancangkan...
sekarang da boleh lupakan hal 5s..
sekarang da boleh luangkan masa untuk diri sendiri pula.
buka-buka fb ternampak status dari wall ustazah siti nor bahyah...
& berkongsi nasihat tersebut untuk diri sendiri..
Manual Ramadhan utk kita.
LAKUKAN
1.Segerakan solat dan lakukan secara berjamaah.
2.Kurangkan bercakap atau banyak diam.
3.Berakhlak mulia.
JANGAN LAKUKAN.
1.Melengahkan solat sehingga ada yg tidak solat.
2.Bercakap bohong dan mengumpat.
3.Kurang sabar dan mudah marah.
Salam hormat.TQ
iya...sekarang ini semua itu sedang chulaya praktikkan
banyak berdiam dan mudah marah...
iya...memang itu sedang diusahakan...
tapi bagaimana jika ada yang merangsang utk kita lebih banyak bercakap dan marah-marah?
selagi mampu bertahan dan bersabar chulaya akan teruskan....
chulaya banyak lebihkan masa mengadap illahi...
memohon keampunan..
memohon ketenangan jiwa
memohon agar ditetapkan pendirian..
memohon dipermudahkan apa yg sukar...
setiap kali usai solat air mata akan menitis...
kerana dugaan tidak henti-henti yang chulaya hadapi sekarang ini...
apa lagi yang mampu dilakukan oleh insan yang tidak berdaya seperti chulaya ini selain meminta bantuan drNYA...
|
walau apa pun kata-kata yg diterima tidak dapat memulihkan hati yang telah terluka ini....
|